penting bagi WANITA !! Tip Merawat Keputihan

Thursday, August 26, 2010

WAKTU SUBUR WANITA

waktu subur sebenarnya senang untuk kita tengok. tak payah dah nak beli alat menguji kesuburan. saya tak pernah beli lagi alat tersebut. mungkin sebab itu la saya tak tahu bila waktu subur saya. ngeeee... aku terbaca artikelin berkenaan cara mengenal pasti waktu subur iaitu ada tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak
Ini berlaku kerana telur dalam keadaan berkembang dan menunggu masa untuk menetas.
- 48 jam kemudian wanita itu akan terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari yang menandakan ‘ovulasi’.
- Jadi, jika hubungan kelamin dilakukan dari mulanya lendir jernih keluar dan seterusnya sehingga 2-3 hari
selepas tanda ovulasi (hubungan kelamin boleh dilakukan selang-seli atau dua hari sekali), kemungkinan
hamil ialah 15% dalam sebulan.
sikitnya peluang untuk hamil..susahnya. kenapa la orang yang tak nak anak senang betul dapat anak. malah dibuangnya anak tu. saya ni malah ramai lagi yang susah nak dapat anak tak ada rezeki lagi untuk mendodoikan anak sendiri..

TIPS UNTUK ELAKKAN AIR MANI TUMPAH

Air mani tumpah? sesuatu yang biasa berlaku selepas hubungan kelamin saya dan suami. naik buntu kepala ni memikirkan macam mana nak elakkan air mani dari tumpah. so artikel di bawah ni mungkin dapat membantu saya dan suami dari masalah ini berulang lagi. harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.


Pengeluaran air mani selepas bersetubuh adalah perkara biasa, namun jika pengeluarannya banyak itu luar biasa dan mungkin ada kaitan dengan wanita itu mengemas atau mengemut faraj, yang menjadi amalan kebiasaan wanita selepas bersetubuh.
 
Cara paling bijak ialah :


- Untuk wanita itu mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj.

- Posisi menyalurkan ereksi dari belakang dengan wanita menyujud juga sesuai untuk memastikan yang air mani dipancut ke dalam. Beberapa minit kemudian wanita itu boleh tidur mengiring.
 
terima kasih biodex sebab bagi info berguna. insyallah saya dan suami akan mempraktikkan cara ni.

Wednesday, August 25, 2010

bARU NAK TRY BLOGING

assalamualaikum wbt dan selamat pagi.
kalau anda baca blog ni malam sekali pun, sy masih lagi memberi ucap selamat pagi. kenapa ye?
sebab setiap hari adalah pagi (menyediakan peluang yang cerah  untuk kita memulakan hari baru dengan azam yang baru)
hah bukan nak masuk tahun baru je kena ada azam tau. macam tu juga saya.
pengalaman saya berkahwin selama 6 bulan yang lepas masih lagi baru berbanding rakan-rakan diluar sana yang masih belum dikurniakan anak. saya menyimpan azam yang cukup besar untuk anak saya. tetapi anak masih lagi belum terbentuk dalam perut saya ni. sedih juga mengenangkan hari-hari yang dilalui dengan banyak pertanyaan dari pihak suami mahupun pihak keluarga saya. kawan-kawan saya dan suami jangan cakap la. asyik tanya kami samada dah berisi atau belum. jawapan wajib kami adalah " Belum ada rezeki lagi, nak buat macam mana?" itu saja la jawapan yang mampu kami luahkan.
kawan-kawan yang kawin lambat berbanding saya dah pregnant 3 bulan. sedihnya. tapi mungkin ini adalah ujian Tuhan kepada kami. Isyallah, pasti suatu hari kami suami isteri dapat juga peluang untuk mendodoikan anak sendiri.
tertekan saya bila jiran yang lewat 2 minggu kawin dari saya, dah mengandung terus selepas bersanding. orang tua-tua kata 'bunting pelamin'.
bukan semua orang mudah untuk ditembusi pada malam pertama. betul tak? antaranya orangnya adalah saya. hehe..ngeee
saya ditembusi selepas 1 bulan 2 minggu berkahwin. hebat tak? bukan apa, sehari selepas hari kahwin, sahabat baik saya datang. ala yang biasa datang setiap bulan tu (period laa). so hubby terpaksa tunggu. honeymoon pun dalam bendera merah. lepas honeymoon, kami masing-masing berkerja. pulang ke tempat kerja masing-masing. sorang di pantai timur, sorang di selatan. jarang jumpa. tu sebab la projek asik tak menjadi je.
tapi alhamdulillah akhirnya berjaya juga suami. dia keriangan yang teramat bila dapat masuk. syukur sangat masa tu. mula saya ingat saya ni dah tak normal dah sebab susah sangat nak tembus. rupanya bila baca masalah orang lain dalam akhbar ramai lagi yang susah nak ditembusi. ada yang ambil masa selama 3 bulan. apa pun semua itu adalah ujian dari Yang Maha Esa.